Mengapa Pakar Bedah Memakai Baju Hijau


DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yg melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yg berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dpt menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yg berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pd warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan & mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor

1 Response to "Mengapa Pakar Bedah Memakai Baju Hijau"