Blackberry Playbook 2


Research In Motion dijangka akan *memasarkan tablet terbarunya, Blackberry Playbook 2 di Amerika Syarikat mulai esok ini, menurut laman Edgadget.

Ada tiga variasi yang akan dikeluarkan yakni 16GB, 32GB dan 64GB. Harga yang ditawarkan adalah US$199 untuk 16GB, US$249 (32GB) dan US$299 untuk 64 GB.

Tidak ada penjelasan lanjutan, apakah harga itu harga tetap atau harga untuk langganan pakej bagi tempoh tertentu.

Playbook 2 merupakan sambungan Playbook.

Produk terbaru itu dijangka melalui beberapa kemas kini antara lain sokongan terhadap aplikasi Android, built in mail, contact dan kalendar, pembaharuan pada keyboard, penataan semula folder di home screen serta pasangan dengan telefon Blackberry yang berfungsi sebagai papan kunci dan tetikus.

0 Response to "Blackberry Playbook 2"

Post a Comment