10 Sebab Kenapa Orang Menyampah dengan Sinetron Indon.






1. Pertama yang saya perasan, hey asal mesti ada babak nurse dok mengumpat-ngumpat pesakit kat kaunter pastu dandan lah watak seorang perempuan yang innesen terdengar atau curi-curi dengar. Pastu buat muka kaget tak tentu hala. Huhu. Spell my word......C.L.I.C.H.E !!


2. Masa mula-mula mesti ada yang baru keluar penjara.Yang masuk penjara ni mestilah watak baik yang malang, innesen tidak berdosa. Kalau nak tunggu yang jahat masuk penjara kena tunggu episod yang ke-234. Adoi...


3. Lepas tu parent tertukar anak macam anak tu anak patung pulak. Bila dah besar, yang watak jahat baru tersedar dia ni anak orang gaji je, haha! mari sebut K.L.I.S.E!


4. Lama-lama pun yang paling miskin tu, tetiba ada parent baru lantas menjadi kaya-raya. Kaya bebenor tak hengat. Tapi dia still merendah diri dan ingat kat keluarga miskin dia. Ala dia kan perfect mana boleh buat salah.


5. Pasangan hero dan heroin tentulah bermuka kacukan. Even perempuan tu duduk ceruk mana pun,contoh perkampungan asli, ayah mak memang muka keturunan asli like muka berkarah, tapi anak omputeh lak. Heroin dah la baik, cantik, berbudi bahasa kira perfect la...Nota tambahan: Orang Indon yang cantik2/hensem2 tu semua berbaka Belanda, sebab Indon=dijajah Belanda...kira cucu cicit penjajah la ni...woha! Tak percaya? Cari biodata artis2 Indon yang cantik, mesti ada cakap keturunan Riau-Belanda, Jawa-Belanda...haha


6. Mesti ada yang masuk hospital, koma pastu lupa ingatan. Ini jelah scene yang membolehkan drama mengarut tu dipanjangkan lagi.


7. Hah lagi satu benda yang paling magik, yang dah mati boleh pulak muncul bila masa je. Ni mesti menuntut di sekolah Hogward ni. Ada bela Horcrux kot macam Lord Voldermort. Pastu mesti lah guna nama lain pulak. Menyamar la konon.


8. Keluarga watak lelaki mesti jahat. Tak pun diorang ada musuh dari satu keluarga lain yang jahat. Laki tu tentulah kaya raya. Perempuan pulak miskin dan malang. Ini angan-angan je la, bagi harapan palsu kat rakyat Indonesia dan Filipina. Kesian diorang. Ce tayang kisah benar pulak. Sebab tu perdana Menteri Filipina baru tersedar dia ada lagi rakyat miskin tegar, tak caya gi Google sendiri.


9. Heroin dia kenapa macam lemah semacam eh? Pijak semut pun tak mati. Tak memberi inspirasi langsung. Air mata 2-3 baldi boleh keluar dalam masa sehari. Ayah masuk hospital meraung kat luar pintu wad sampai pengsan. Anjing mati pun, dia macam tu jugak.


10. Adegan culik menculik. Tipu lah kalau tak ada kan? Kira saya nak cakap berita berita gempak yang kita baca dalam Harian Metro tu macam dilakonkan balik dalam drama diorang nih. Contoh, seperti jatuh helikopter tak pun kapal terbang, accident jatuh gaung, mati terbakar dibom atau ditembak, kena racun dan macam-macam lagilah. Then last sekali, Lu pikirlah sendiri...!

0 Response to "10 Sebab Kenapa Orang Menyampah dengan Sinetron Indon."

Post a Comment